1) Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita..
2) Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau² terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah
kita.
3) Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
4) Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak
berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapan.
5) Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana
berpagi² itu membuka pintu berkat).
6) Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti
rezeki kita di kongsi syaitan.
7) Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut²
kita mati dalam perjalanan.
8) Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
9) Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.
10) Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari
baiknya.
11) Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh
datang bila² masa.
12) Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13) Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia.
14) Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
15) Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16) Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
17) Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri² munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.
18) Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
19) Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu
lebih utama dan hidup di
20) Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.